KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Mamat Khalid akur dengan arahan kerajaan apabila menangguhkan majlis resepsi anak perempuan, Nor Sara Mohamad dan pasangan, Izzudin Mohd Rasit yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini berikutan penul4ran c0v1d-19.
Bagaimanapun, Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohd Khalid berkata, majlis akad nikah tetap akan berlangsung secara tertutup di Putrajaya, Jumaat ini.
“Saya kasihan melihat bakal pengantin yang teruja menantikan hari bersejarah dalam hidup mereka. Namun, arahan kerajaan meminta semua acara perhimpunan awam, keagamaan, sosial dan budaya ditunda atau dibatalkan membuatkan kami akur dengan perintah.
“Soal kesihatan dan keselamatan bukan boleh dibuat main-main. Pada kami, apa yang lebih penting adalah majlis akad nikah. Kita utamakan yang wajib dahulu.
“Majlis akad nikah akan berlangsung di Putrajaya, Jumaat ini akan diadakan secara tertutup dengan dihadiri keluarga terdekat seperti yang dinasihatkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),” katanya kepada BH Online.
Pengarah filem h4ntu Kak Limah ini itu meluahkan rasa syukur kerana pihak yang terbabit dalam pengurusan majlis resepsi memahami situasi dan bersikap tolak ansur.
“Walaupun terpaksa membatalkan tempahan lokasi, katering dan segala persiapan lain pada saat akhir, bayaran deposit yang sudah dibuat tidaklah lupus begitu sahaja. Lagipun, majlis ditunda bukan dibatalkan.
“Apabila keadaan kembali pulih, kami akan memikirkan untuk mencari tarikh baharu untuk majlis resepsi,” kata Mamat.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai hari ini hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.
Perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t 1988 dan Akta Polis 1967.
Ia bertujuan untuk mencegah penul4ran baharu w4b4k ini yang dibimbangi akan menj4ngk1ti lebih ramai rakyat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online