COV1D-19: Jemaah Tabligh sudah buat pemeriksaan

KOTA KINABALU: Seramai 1,895 jemaah Tabligh terbabit perhimpunan Ijtimak Tabligh, Masjid Sri Petaling sudah menjalani pemeriksaan kesihatan c0v1d-19.

Jumlah berkenaan adalah sebahagian 2,426 jemaah yang berjaya dikesan di seluruh negeri ketika ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata proses pengesanan bagi menjejak individu yang berkenaan diteruskan dari semasa ke semasa supaya dapat membendung penul4ran w4b4k c0v1d-19, di Sabah.

“Selain itu, semua kontak rapat jemaah Tabligh ini turut diminta datang membuat pemeriksaan kesihatan di semua h0sp1tal atau klinik kesihatan berhampiran sebagai langkah pencegahan.

“Pemantauan ketika ini sentiasa dilaksanakan termasuk menerusi semua platformn media sosial dan aduan secara perseorangan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Christina berkata, semua peralatan bagi merawat pes4kit c0v1d-19 di negeri berkenaan masih mencukupi dan mampu menampung keperluan ketika ini.

“Kita mempunyai enam h0sp1tal pakar di Sabah yang dikenalpasti bagi menempatkan pes4kit c0v1d-19 seperti h0sp1tal Queen Elizabeth (HQE), h0sp1tal Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas, h0sp1tal Keningau, h0sp1tal Lahad Datu, h0sp1tal Tawau dan h0sp1tal Duchess of Kent Sandakan.

“Semua h0sp1tal ini mempunyai kira-kira 352 katil khusus untuk pes4kit w4b4k ini sahaja. Kita juga merancang untuk mengosongkan wad demi wad sekiranya bilangan pes4kit c0v1d-19 ini semakin bertambah.

“Pemantauan dilakukan setiap hari dan kita melihat keperluan pertambahan wad ini memerlvk4n atau tidak sepanjang hari. Langkah diambil buat masa ini adalah mengoptimakan penggunaan katil yang ada di semua h0sp1tal ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya setakat ini memiliki 28,000 kakitangan di seluruh negeri yang boleh diarahkan bertugas sekiranya keadaan giat mendesak.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 10,000 ialah jururawat manakala 2,000 adalah doktor terlatih.

“Kita juga akan mengarahkan pelajar pelatih yang sedang menjalani latihan untuk membantu kakitangan sedia ada jika diperlvk4n selain meminta bantu sukarelawan.

“Saya faham ramai dalam kalangan kakitangan kita ada yang bekerja hingga tempoh 24 jam dan pastinya memerlvk4n rehat. Oleh itu, kita sentiasa memikirkan langkah terbaik bagi mengatur tenaga kerja supaya mencukupi,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :BH Online