Perkara itu dikongsi Liyana menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.
“Kami sepatutnya kembali ke Malaysia pada 23 Mac, tetapi disebabkan kebimbangan terhadap Koronav1rus, kami membatalkan beberapa lokasi dan memendekkan masa penggambaran untuk pulang lebih awal.
“Masa ketibaan kami di Malaysia adalah pada awal pagi 18 Mac, sebaik sahaja bermulanya perintah kawalan pergerakan di negara kita.
“Kami akan kuarantin diri sendiri selama 14 hari seperti yang diarahkan untuk mengenal pasti jika ada gejala yang berlaku,” tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Liyana turut menulis kata-kata penghargaan buat pengamal perubatan dan semua individu yang terlibat dalam usaha mengawal dan merata w4b4k c0v1d-19.
“Terima kasih kepada semua doktor, jururawat, dan mereka yang terlibat dalam usaha menangani pandemik ini, kami berjanji akan lakukan yang terbaik untuk membantu anda semua dengan hanya duduk di rumah sahaja,” tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Liyana men1ngg4lkan respon berbeza, ramai antara mereka menasihati Liyana untuk mematuhi langkah penjagaan kesihatan dengan sebaik mungkin.
Untuk rekod, jumlah kes c0v1d-19 di Malaysia telah mencecah 790 orang setakat malam tadi.
60 daripada jumlah tersebut telahpun sembuh sepenuhnya dan dikeluarkan dari h0sp1tal, pada masa yang sama, rekod kematian di negara kita masih kekal dengan jumlah dua orang.
Mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak