Pemain bola sepak Kedah, Zaquan Adha akui terkilan kerana tidak pulang ke kampung halamannya di Seremban.
Menurut Zaquan, dia membatalkan hasrat untuk bertemu keluarganya di Seremban kerana penduduk di bandar dinasihati untuk tidak pulang ke kampung sebagai langkah pencegahan w4b4k c0v1d-19.
Perkara itu dikongsi Zaquan menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.
“18 Mac, ceritanya semalam dah ready nak balik Seremban, memang lama dah rancang nak balik jumpa keluarga dengan mak di Seremban.
“Tiba-tiba mereka umumkan lebih baik untuk kekal berada di rumah sebab masalah w4b4k c0v1d-19, tak ada rezeki nak jumpa mak dan keluarga, mungkin ada hikmah,” tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Zaquan menambah, dia telah merancang aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anaknya sepanjang berada di rumah.
“So daddy pun rancang aktiviti yang boleh gembirakan anak-anak daddy, so maybe korang yang ada keluarga dan anak-anak boleh try buat macam ini dekat rumah okay, selamat bercuti dan jaga keselamatan untuk anda semua,” tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Zaquan men1ngg4lkan respon positif dan bersetuju dengan tindakannya itu.
Baru-baru ini, orang ramai dilihat pulang ke kampung bersempena Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan.
Tindakan sebegitu tidak digalakkan kerana berpotensi untuk menyebarkan j4ngk1tan w4b4k c0v1d-19 kepada ahli keluarga dan invidu sekeliling.
Mari kita sama-sama menunaikan tanggungjawab terhadap negara dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak