Pelakon dan pengacara popular Neelofa mended4hkan bahawa anak kepada sepupunya disahkan positif c0v1d-19.
Perkara itu dimaklumkan Neelofa menerusi satu entri di Instagram Story miliknya.
Dalam entri tersebut, Neelofa berkongsi paparan mesej dalam grup keluarga miliknya yang mana sepupunya, Noor Cahaya memaklumkan berita menyedihkan itu.
“Kalau ada yang nak tolong doakan..selalu berdoa..doakan sekali anak kepada sepupu saya @missnoorcahaya. Allahuakbar, tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu bila dapat berita macam ini,” tulisnya.
Difahamkan, bayi tersebut, Noor Sameera Mohd. Nazlee yang baru berusia enam bulan kemudian dibawa ke h0sp1tal untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di h0sp1tal.
“Terima kasih semua untuk doa dan kasih sayang. Ya, benar apa yang kalian dengar mengenai baby Sameera positif c0v1d-19.
“Apa yang saya harapkan tolong sentiasa doakan saya Lots of love, Sameera,” tulisnya.
I’m so heartbroken by this. My cousin’s 7 month old baby has been tested positive for COVID-19. I can’t imagine what she must be going through right now. Please pray for baby Sameera’s recovery 😔 pic.twitter.com/34G1p0LbWh
— Neelofa (@Neelofa) March 21, 2020
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak