Siapa tak kenal Pemain Paling Bernilai Negara, Safawi Rasid yang baru-baru ini terpalit kontr0versi isu percintaannya sehingga menjadi bualan netizen.
Setidaknya, hal peribadinya itu sedikit sebanyak tenggelam sebentar ketika orang ramai mula beralih arah menumpukan perhatian kepada perkembangan ancaman penul4ran w4b4k c0v1d-19 dalam negara.
Sedar tak sedar, Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan kerajaan sudah pun memasuki hari keempat. Dan sama seperti kebanyakan orang lain, golongan atlet tidak terkecuali wajib mematuhi perintah tersebut.
Dalam laman Instagramnya semalam, Safawi tampil dengan melakukan cabaran ‘Stay At Home’ — dengan melakukan aksi ‘timbang tisu’ bersama adiknya yang juga pemain JDT III, Alfi Rasid.
Kemahiran menimbang dua adik beradik itu dilihat cukup baik, memandangkan Safawi sendiri pernah bergelar pemain skuad sepak takraw negeri Terengganu ketika di sekolah rendah.
Dalam tempoh beberapa jam sahaja, klip video pendek itu mendapat hampir 311, 492 tontonan setakat ini.
Cabaran ‘timbang tisu’ menjadi trending dalam kalangan pemain bola sepak, susulan penangguhan saingan liga di kebanyakan negara termasuk Malaysia.
Ia dikatakan tercetus sebagai mengisi masa lapang, ketika perintah kawalan pergerakan susulan kebimbangan mengenai penul4ran c0v1d-19.
Antara pemain ternama dunia yang telah melakukan Cabaran ‘Stay At Home’ termasuklah bintang Barcelona, Lionel Messi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : lobak merah