“Ini Bukan Perjalanan Yang Mudah, Tetapi..”- Bunga Citra Lestari ‘Bersuara’ Di Hari Ulang Tahun Kelahirannya

Selepas lebih sebulan menyepikan diri daripada membuat sebarang posting di laman sosial sejak kem4tian suami, penyanyi Bunga Citra Lestari akhirnya muncul dengan entri terbaharunya di Instagram.

Lebih mencvri tumpuan, posting terbaharu yang dikongsikan menerusi Instagram Story itu dibuat pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 hari ini.

Balu allahy4rh4m Ashraf Sinclair itu berkata, dia mengambil kesempatan pada hari istimewanya ini untuk mengucapakan jutaan terima kasih buat semua yang memberikan sokongan kepadanya selama ini.

“Saya tahu saya tidak ada post apa-apa sejak akhir-akhir ini kerana sejujurnya masih belum mampu, namun, pada hari istimewa, hari ulang tahun kelahiran saya, saya buat keputusan untuk post hal ini.

“Saya mahu ucapkan terima kasih untuk semua ucapan dan cinta yang diberikan untuk saya. Saya bersyukur dikelilingi keluarga, kawan-kawan, peminat dan insan-insan yang menyayangi saya yang selalu memberikan sokongan.

“Ini bukan perjalanan yang mudah, tetapi sedikit demi sedikit saya berusaha bangkit dan berjalan,” luahnya.

Pada masa sama, Bunga meminta agar orang ramai untuk mendoakan suaminya sempena hari ulang tahun kelahirannya.

“Di hari ulang tahunku  ini, kalau boleh, saya minta kirimkan doa untuk Ashraf dan juga doa untuk kita semua agar selalu dilindungi daripada bencana.

“Jaga diri masing-masing, dan tolong duduk di rumah. Ayuh jaga diri antara satu sama lain. Saya sayang kalian,” coretnya.

Sebelum ini Ashraf dilaporkan men1ngg4l dunia secara mengejvt akibat ser4ngan jantung pada 18 Februari lalu.

Bunga mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 8 November 2008 di Jarkata, Indonesia.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berusia 10 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak