Benarkah Vladimir Putin Guna Singa Bantu ‘Lockdown’ COV1D-19 Di Rusia?

Beberapa hari ini tular kisah presiden Rusia, Vladimir Putin yang dilaporkan melepaskan lebih 800 ekor singa dan harimau di jalanan sebagai salah satu langkah ‘brutal’ beliau dalam membedung w4b4k c0v1d-19 di Rusia.

Netizen merasakan perkara berkenaan sesuatu yang benar kerana setakat ini, Rusia yang mempunyai penduduk seramai 146 juta hanya mencatatkan 236 kes c0v1d-19.

Tetapi gambar berserta caption yang tular sebenarnya adalah hoax dan palsu belaka. Berita palsu ini sangat popular di India, di mana populasi singa dan harimau adalah lebih banyak berbanding di Rusia.

Gambar berkenaan sebenarnya diambil dari laman Daily Mail. Singa berkenaan yang bernama Columbus dibawa ke jalanan untuk tujuan penggambaran satu produksi filem di Johannesburg.

Ketakutan terhadap c0v1d-19 telah mencetuskan pelbagai berita palsu dan ia dikongsikan berulang kali tanpa seorang pun sedar ia sebenarnya tidak benar. Sebenarnya Rusia tidak perlu menggunakan singa dan harimau pun kerana mereka sudah bersedia lebih awal dalam menangani c0v1d-19 ini.

Langkah awal Rusia ketika c0v1d-19 merebak ke seluruh dunia adalah dengan menutup sempadan mereka dengan China; sejauh 2,600 batu pada 30 Januari yang lalu. Rusia juga membuka zon kuarantin khas untuk rakyatnya yang dij4ngk1ti c0v1d-19 bagi mengelakkan v1rus berkenaan merebak ke seluruh negara.

Rusia bukan sebuah negara yang ‘mesra pelancong’. Sepanjang Januari hingga Disember 2019, Rusia hanya menerima 5 juta pelancong. Jadi, keputusan mereka untuk lockdown adalah keputusan yang bijak kerana mereka dapat mengawal siapa yang masuk dan keluar negara dengan lebih baik.

Hati-hati dengan apa yang anda baca dan kongsi di media sosial. Realitinya, adalah lebih efisien dan berkesan untuk menempatkan tentera dan polis untuk mengawal keadaan berbanding harimau dan singa di jalanan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : thevocket