POLIS mengesahkan menerima laporan kes seorang seorang pramugari yang mempunyai simpt0m c0v1d-19 melarikan diri dari h0sp1tal Parit Buntar, Perak, petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai perkara itu.
“Kita terima laporan daripada pihak h0sp1tal. Buat masa ini kita tengah menguruskan perkara ini.
“Dia kini sedang dalam perjalanan ke h0sp1tal Parit Buntar (Perak). Itu maklumat terakhir yang saya boleh kongsi setakat ini,” katanya kepada mStar.
Omar Bakhtiar turut berkata wanita itu bagaimanapun belum disahkan positif c0v1d-19 tetapi hanya menunjukkan simptom j4ngk1tan berkenaan.
“Dia belum disahkan positif. Dia hanya menunjukkan simptom c0v1d-19,” katanya sambil menambah kenyataan penuh akan dikeluarkan selepas isu ini selesai.
Terdahulu, tular satu laporan polis mendakwa seorang pramugari yang mempunyai simptom c0v1d 19 ditempatkan di bilik isolasi h0sp1tal Parit Buntar untuk saringan melarikan diri selepas menolak untuk masuk ke wad di h0sp1tal Taiping.
Menurut laporan itu pramugari berkenaan melarikan diri bersama dengan abangnya sewaktu dalam perbincangan untuk urusan tersebut.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar