“Bukan Pramugari…” Wanita Larl Ujian Saringan C0VID-19 Rupanya Pesaklt Psiklatri

Semalam tular berkenaan seorang wanita yang dikatakan sebagai pramugari syarikat penerbangan di Singapura, telah melarikan diri daripada menjalani ujian saringan c0v1d-19 di h0sp1tal Parit Buntar.

Bagaimana pun, menerusi laporan Harian Metro mendapati wanita tersebut sebenarnya bukanlah seorang pramugari sebaliknya dia hanya mengikuti kursus pramugari selama sebulan di Sungai Besi pada November 2019.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, wanita tersebut yang juga mengalami simptom c0v1d-19, sebenarnya ada simptom ‘psikiatri’ atau kurang waras.

Ada simptom ‘psikiatri’ atau kurang waras

Perkara itu disahkan sendiri oleh doktor yang merawatnya dan difahamkan dia mungkin akan meneruskan rawatan psikiatri di h0sp1tal Taiping.

“Selain mempunyai simptom c0v1d-19, suspek turut dikesan mempunyai simptom kurang waras dan kini dalam tindakan lanjut pihak h0sp1tal Taiping…”

Ayah sendiri bagi tahu dia bukan pramugari

Malah hasil siasatan mendapati wanita tersebut tidak berkerja dan perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Abdul Malek Ahmad, 45.

“Suspek yang pernah memaklumkan kepada bapanya bahawa dia berkerja di sebuah kedai telefon di Sungai Dua, Pulau Pinang adalah alasan suspek untuk keluar dari rumah…”

Manakala, lelaki yang sebelum ini dikatakan abang kandung wanita itu, sebenarnya hanya kawan yang baru dua minggu berkenalan. Pihak polis meminta agar lelaki tersebut juga segera membuat ujian saringan.

Tindakan lanjut akan diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t 1988.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Harian Metro