Penyanyi Ismail Izzani meluahkan rasa rindu terhadap ibu tersayang, Datin Suliza Salam.
Menerusi laman sosial Instagram, Ismail berkongsi video lagu yang dinyanyikan kepada ibunya.
Lebih sebak apabila video tersebut merakamkan Ismail men4ngis sewaktu menyampaikan lagu tersebut.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Ismail juga turut mendedikasikan coretan istimewa buat Suliza.
“Ini adalah lagu yang saya cipta khas buat mama tersayang. Secara jujurnya saya sangat-sangat rindukan mama. Dia telah membesarkan saya baik dan penuh kasih sayang.
“Mama, Zani janji Zani akan kerja keras untuk mama dan keluarga. Zani tak nak mama sedih, saya akan cuba yang terbaik membuatkan mama sentiasa gembira dan bangga.
“Biarlah apa orang nak kata, kita semua ada fasa masing-masing dalam kehidupan. Saya tahu bukan mudah untuk menangani komen-komen negatif yang melibatkan saya dalam industri muzik sebab mama sentiasa mahu melindungi saya.
“Terima kasih mama kerana mempercayai saya dan membenarkan saya melalui fasa kehidupan sehingga membuat saya menjadi kuat dan lebih baik.
“Awaklah mama saya, berkorban banyak benda hanya untuk memberikan kegembiraan kepada saya. Mamalah dunia saya dan saya akan berkorban apa sahaja hanya untuk membuatkan mama gembira,” tulisnya.
Sehingga kini video tersebut menerima lebih 100,000 tontonan dan hampir 500 komen antaranya,
“Lagu yang indah, sangat bagus. Saya juga adalah seorang ibu dan saya sangat tersentuh sekiranya anak saya menyanyikan lagu ini kepada saya,” komen @dayang_fazura
“Mesti mama Mael bangga sangat dengan awak dan mama Mael mesti bertuah ada anak yang sangat berbakat macam awak. By the way stay safe dan saya doakan awak dan mama awak sentiasa dilindungi Allah …Aamiin,” tulis @mas_yaakob

Sumber : Gempak