Pedana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini, dilanjutkan sehingga 14 April ini.
Perdana Menteri berkata perkara itu dimaklumkan lebih awal kepada orang ramai bagi memberi ruang kepada rakyat untuk lebih bersedia menempuh tempoh lanjutan selama dua minggu itu.
“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif c0v1d-19 yang baharu masih berlaku.
“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama.
“Saya tahu rakyat sudah mula rasa terbeban dalam tempoh ini (PKP) tetapi bersedialah untuk tinggal lebih lama di rumah,” katanya pada perutusan khas, hari ini.
Sebelum mengakhiri sesi tersebut, Perdana Menteri turut menasihati rakyat supaya terus mematuhi PKP untuk membantu kerajaan mengawal w4b4k c0v1d-19 daripada terus menular.
Dalam perkembangan terkini, jumlah kem4tian c0v1d-19 meningkat kepada 17 kes hari ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak