Tindakan pelakon, penyanyi dan pengacara Erra Fazira berkongsi video tentang kelawar menyentuh hati pengikutnya di Instagram (IG).
Menerusi video yang dimuat naik, Erra turut menulis kapsyen dengan mesej mendalam tetapi sangat bermakna kepada semua.
“Buat mereka yang mahu mengerti…Moga apa yang berlaku menjadikan kita manusia yang lebih waras dan berilmu di masa akan datang.
Maaf ya, kita cakap generally. Kita jangan hentam kaum dan bangsa. Tak semua begitu, masih ramai yang waras.
“Jadi jangan hentam-hentam sangat ok. We spread love. InsyaAllah selepas ini moga semua akan lebih berilmu dan akur dengan hukvm alam,” tulisnya.
Video bertajuk ‘Sekeping Surat Dari Kelawat Kepada Manusia’ yang dikongsi Erra menyentuh tentang ‘kegilaan’ memakan makanan yang tidak sepatutnya dijamah oleh manusia.
Kerakusan manusia kerana menurut n4fsu tanpa memikirkan kesan mudarat di kemudian hari, akhirnya menjerat diri sendiri.
Posting tersebut mendapat hampir 500 ribu tontonan dengan lebih 1700 komen dan perhatian daripada ramai rakan selebriti seperti Siti Nordiana, Achey, Khai Bahar, Ifa Raziah, Ajak, Amelina, Salina Saibi dan ramai lagi.
Rata-rata mereka tersentuh dengan perkongsian Erra, dan ada di antara selebiriti tersebut membuat ulang siar posting Erra di laman sosial masing-masing.
Sementara itu, pengikut IG Erra turut mengucapkan terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat tersebut.
“Terima kasih atas info…Tolonglah, kepada mereka yang selera menggila tu hentikan la..kelawar juga makhluk istimewa ciptaan Allah dan berjasa…Tapi manusia sendiri yang mencari bala walaupun kita tahu mungkin ini juga ujian dari Allah untuk menguji hambanya,” tulis salah seorang peminat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak