KEBELAKANGAN ini kisah rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran menjadi perbualan hangat netizen.
Malah, peminat terus membuat pelbagai spekulasi berhubung rumah tangga mereka yang dikatakan sedang bergolak.
Lebih-lebih lagi apabila Laudya enggan berkongsi foto suami di laman Instagram dan mengunci mulut mengenai status rumah tangga mereka.
Menurut laporan Grid.ID, salah satu akaun Instagram peminat telah berkongsi foto Laudya bersama suami sambil mengenakan penutup hidung dan mulut.
Perkongsian itu membuatkan peminat teruja dan menganggap hubungan pasangan ini masih dalam keadaan baik.
Foto ini dikongsi oleh salah satu akuan peminat.
“Stay safe ya kalian semua. Semoga v1rus c0v1d-19 segera hilang dan pergi jauh dari negara kita” tulis akaun peminat itu.
Namun begitu ada pengikut memberitahu foto itu bukanlah gambar terbaharu mereka.
“Gambar baru ke ni?
“Foto lama ini. Semoga ada foto-foto baru kamu berdua,” komen pengikut.
Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar