‘Kalau Sembuh, Dapat Dak4p Tubuh Mak’ – Jawapan S4yu Pesak1t C0vid-19 Setiap Kali Ditanya Khabar

Apabila disahkan positif j4ngk1tan c0v1d-19, pes4kit hendaklah dikuarantin di h0sp1tal sehingga sembuh. Dalam tempoh itu, tiada seorang pun yang dibenarkan berjumpa, mereka hanya boleh berhubung dengan ahli keluarga menerusi telefon.

Seperti perkongsian hiba individu ini di Facebook, setiap kali menerima panggilan daripada anak-anak, wanita tua di sebelah katilnya akan memberikan jawapan ‘mak okay’. Namun hakikat sebenarnya sangat menyedihkan.

Bila anak-anak call, jawapannya ‘mak ok’

Duduk di sebelah saya ini seorang mak cik. Lebih kurang sebaya ma saya. Dia dij4ngk1ti c0v1d-19 daripada anaknya. Sudah lebih 10 hari dia di dalam wad ini. Bila anak-anak call bertanyakan khabar. Semua jawapannya, “mak ok.” Hakikatnya tiada siapa tahu ada masa-masanya mak cik tak ok. Bila doktor tanya, “mak cik ok tak hari ni? Ada batuk tak?”

Jawapannya, “mak cik ok.”

Walhal sesekali ada terdengar batuknya sehingga lewat malam. Sebenarnya mak cik dah jenuh tinggal dalam wad. Dia ingin segera pulang ke rumah. Tangan mak cik membengkak akibat wayar drip untuk masuk ubat dan air. Bila anak-anak call tanya perkembangan mak. Jawapannya, “mak ok.”

Sedangkan mak cik menahan sakit akibat tangan membengkak. Kelmarin mak cik dem4m. Suhunya 38.7. Bila anak-anak call tanya, “mak macam mana?” Jawapannya, “mak ok.”

Kejap tadi anak-anak call, “mak dah makan?”

“Iya dah makan,” jawabnya. Tetapi tak dinyatakan hanya sesuap dua yang lalu masuk ke mulut.

Kata mak cik kepada saya, “Nak makan ni bercinta dulu nak habiskan makanan.”

Mak Cik kuat & positif

Sekadar gambar hiasan

Sebab tak lalu dan tak ada selera makan. Itulah mak-mak, walau sakit pun seboleh-bolehnya tak nak anak risau. Dalam keadaan macam ni. Anak tak tahu betul-betul perkembangan mak. Nak datang melawat pun tak boleh. Kalau video call sekalipun, mak pandai berlakon menunjukkan yang… “Mak ok.”

Kalau mak sihat dan sembuh, alhamdulillah kita dapat menatap dan mendakap tubuh mak. Kalau mak pergi men1ngg4lkan kita dalam keadaan dij4ngk1ti c0v1d-19.

 

-Anak-anak tak boleh nak mandikan jen4zah.

-Anak-anak tak boleh nak kucup, peluk civm mak buat kali terakhir.

-Anak-anak dan waris tak boleh nak tengok urusan pengebumian mak.

 

InsyaAllah mak cik beransur baik. Mak cik kuat dan positif. Mungkin sehari dua mak cik boleh keluar jumpa anak-anak dan keluarga. Kawan-kawan, tempoh kawalan pergerakan ditambah 14 hari lagi. Duduklah di rumah, tahanlah diri. Yang mahu pulang ke kampung bertemu mak ayah, bersabarlah. Kita tidak tahu kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Mungkin kita pembawa c0v1d-19. Kasihanilah keluarga kita.

Tika ini saya terfikirkan keluarga saya. Moga keputusan saringan c0v1d-19 mereka semuanya Negative. Doakan.

#stayathome

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Que Lyana Shuhaimi via OhBulan