Melalui Perintah Kawalan Pergerakan dalam tempoh yang agak panjang ini mungkin agak sukar untuk dilalui oleh sesetengah orang. Namun sebagai rakyat yang bertanggungjawab, perintah ini harus dipatuhi demi kesejahteraan ramai.
Disebabkan itu ramai dalam kalangan selebriti tempatan yang mula melakukan pelbagai aktiviti dan dikongsikan menerusi sosial media masing-masing. Ini untuk menghiburkan orang ramai yang mungkin kebosanan di rumah.