PELAKON kontroversi Zarina Anjoulie menegur sikap segelintir artis yang gemar men4yang kemew4han namun hakikatnya tiada perancangan masa depan.
Zarina menerusi rakaman vid3o yang tular di laman sosial pada Sabtu berkata artis sepatutnya memohon bantuan daripada Persatuan Seniman atau rakan selebriti dalam industri seni bukannya kerajaan.
Menurut Zarina, biarpun dia menjalani kehidupan secara sederhana namun masih mampu makan makanan mewah dan berkongsi rezeki dengan orang yang kurang bernasib baik.
“Itu pilihan kau untuk beli kereta dan motor mahal. Lepas itu, tak ada duit nak makan. That’s your choice bro! Kalau dah tahu macam itu (c4baran hidup yang makin susah), hiduplah secara bersederhana.
Zarina memuat naik video menegur sikap segelintir artis di Instagram.
“Ni masing-masing tak sedar diri pakai kereta mewah, sanggup ikat perut sehingga tak ada wang simpanan. Yang aku ni bawa Satria Neo buruk pun makan ‘steak’ dan udang galah la hari-hari. Malah, aku dan boyfriend aku boleh menderma.
“Bukan nak riy4k, tapi macam mana aku ini hidup sederhana tapi boleh kongsi dengan orang lain. Korang yang ada Alphard hitam la Velfire hitam,” kata Zarina mengulas isu artis perlu bantuan daripada kerajaan.
Sebelum ini, penyanyi Black Hanifah dan Tomok menjadi m4ngs4 kec4man netizen yang mempertik4ikan tindakan mereka meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni.
Bagaimanapun terdapat salah faham kerana netizen dikatakan tidak memahami suara mereka itu adalah bagi mewakili pekerja seni lain khususnya di belakang tabir dan selebriti veteran.
Cuba kalau korang hidup sederhana, hidup macam orang biasa tak ada la orang kec4m.
Namun kata Zarina, pandangan masyarakat kononnya golongan artis mempunyai kelas tersendiri dan tidak perlu dibantu adalah kerana gaya hidup mewah yang dipamerkan mereka khususnya di media sosial.
“Masalahnya ialah engkau yang tanam dalam otak orang seperti anda semua kaya raya walhal you guys have nothing!
“Dan apabila sekarang korang kena kec4m, padan la muka korang artis-artis. Cuba kalau korang hidup sederhana, hidup macam orang biasa tak ada la orang kec4m,” katanya.
Dalam pada itu Zarina turut membidas beberapa kenyataan balas daripada rakan selebriti yang kononnya bersuara bagi pihak pekerja belakang tabir dan artis veteran.
Black sebelum ini menyuarakan pandangan bagi pihak anak seni lain.
“Tak payah nak cakap untuk kegunaan orang belakang tabir sebab mereka bukan dianggap sebagai artis. Lagi satu nak beritahu, konon nak bercerita yang korang nak utamakan artis veteran.
“Selama aku berlakon, tak ada sesiapa pun peduli mengenai artis veteran. Selama ni pun mereka dibayar rendah, kalau boleh RM100 sehari.
“Mereka tak pernah nak hargai artis veteran… inilah Malaysia. Jadi, sekarang tiba-tiba nak utamakan artis veteran. Selain itu, jurusolek bukannya artis dan mereka juga layak untuk mohon semua bantuan.
“Segelintir artis ini hanya mengambil kesempatan dengan masyarakat. Ramai artis yang saya hubungi untuk buat kutipan derma tapi tak ada seorang pun nak buat,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar