‘Netizen per4ng selebriti’-persepsi hidup mewah dengan hasil kerja seni.

KUALA LUMPUR: Golongan selebriti sering dikaburi dengan persepsi hidup mewah dengan hasil kerja seni. Bagaimanapun, itu hanyalah pandangan secara luaran.

Masih ramai golongan selebriti yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kelihatan bergaya dan kaya raya dalam skrin televisyen, namun itu bukan realiti hidup sebenar seseorang.

Ada yang tinggal di kediaman Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bersama golongan bawahan. Sesetengahnya terpaksa berniaga dan menjaja di karnival serta bazar demi menambah pendapatan.

Apabila beberapa artis minta kerajaan menyediakan dana khas dan tidak mengabaikan golongan selebriti yang berdepan kesempitan hidup akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), netizen mula melancarkan perang terhadap mereka. Produser Zeel Productions antara m4ngs4 ser4ngan dan pertikaman lidah bersama netizen dalam laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, ahli perniagaan yang juga bekas pelakon, Ben Ali menjelaskan isu pertikaian ini dalam laman IG Story miliknya, petang tadi.

“Hari ini, kecoh dan bergaduh pula antara beberapa artis dengan segelintir netizen dalam laman media sosial. Bertenang semua.

“Anda salah faham. Apa yang saya nampak, netizen punya asas, mereka kata walaupun artis, kru produksi atau sesiapapun yang berpendapatan bawah RM4,000 atau ke atas, selagi rakyat Malaysia, dikira layak.

“Tak kiralah petani, pekebun atau nelayan. Kenapa nak kena ada bantuan khas disebabkan gelaran artis?,” katanya.

Ben berkata, orang industri pula membangkitkan isu sekadar bertanya, adakah layak mendapat bantuan dengan status bekerja secara sambilan.

“Ada antaranya takut tak dapat bantuan seperti pekerja sektor lain. Sesetengah artis bertanya bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya bertanya mewakili penggiat seni yang terkesan.

“Ramai kurang jelas, bukan hanya penggiat seni, malah golongan lain juga.

“Tetapi, disebabkan artis, perhatian lebih tertumpu pada mereka apabila bertanya,” katanya.

Pelakon drama Seindah Takdir Cinta itu berkata, seharusnya agensi atau kementerian berkaitan mengeluarkan pekeliling bagi menjelaskan cara permohonan bantuan.

“Ramai nak tahu cara dan syarat bagi rakyat Malaysia yang membuat permohonan,” tulisnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online