KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, memuji keberanian semua barisan hadapan yang bertugas di semua h0sp1tal.
Titah baginda, semua petugas barisan hadapan sememangnya berani dalam menjalankan tugas ketika negara berdepan dengan penul4ran w4b4k c0v1d-19.
“Saya mengucapkan kesyukuran dan jutaan terima kasih kepada semua barisan hadapan yang bertugas di semua h0sp1tal.
“Anda memang berani, saya doakan dan meminta semua menjaga kesihatan diri sendiri supaya c0v1d-19 ini boleh dihapuskan dan menyelamatkan ribuan nyawa.
“Oleh itu, saya minta duduk di rumah, jaga diri dan kesihatan,” titahnya dalam satu klip video berdurasi 50 saat.
Dalam kenyataan media baru-baru ini, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut menitahkan umat Islam di Pahang menunaikan solat hajat setiap malam Jumaat sehingga 14 April ini untuk menyelamatkan negara dari segala w4b4k dan bencana.
Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), bertitah solat hajat itu diharap dapat menyekat penul4ran w4b4k c0v1d-19.
“Sebagai umat Islam, di saat kita dilanda musibah c0v1d-19 ini sangatlah penting untuk memperbanyakkan zikrullah, selawat, istighfar dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.
“Berdoa dengan penuh sifat keikhlasan, rendah diri, sabar dan bertawakal kepada Allah.
“Dengan ini saya menyeru diri saya serta seluruh umat Islam di Pahang yang saya cintai, marilah sama-sama kita bertaubat dari segala dosa, memohon keampunan kepada Allah serta menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah,” titah baginda.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online