PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan demi membendung c0v1d-19 memaksa rakyat di negara ini untuk duduk di rumah.
Dalam kebosanan yang melanda, maka timbullah pelbagai idea untuk menghiburkan diri sendiri.
Pemuda ini misalnya tular di Twitter apabila berkongsi video dirinya bertukar menjadi watak adiwira popular Jepun, Kamen Rider Ryuki.
Menurut Muhammad Harizal Hafeez Hassanal, 24, dia sememangnya meminati siri adiwira itu sejak berada di bangku sekolah rendah lagi.
Jelas penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) itu lagi, video berkenaan dihasilkan secara suka-suka sahaja memandangkan dia juga tiada apa-apa untuk dilakukan pada masa ini.
“Sebelum ni pun saya ada buat video. Kali ni rasa bosan, tiba-tiba rasa nak edit video baharu.
Posting video yang tular di Twitter.
“Sekarang saya tengah praktikal, tapi duduk di rumah sahaja. Kebetulan masa buat video tu hujung minggu, tak ada buat apa.
“Sebenarnya sampai terlupa hari apa, sebab setiap hari duduk dalam rumah je sepanjang tempoh PKP ni,” ujarnya kepada mStar.
Bercerita lanjut mengenai minatnya, dia yang mesra disapa Harizal turut mengumpul koleksi kostum, tali pinggang serta patung permainan karakter berkenaan.
Macam belt tu saya pre-order dari Jepun, kostum dari Indonesia. Minat Kamen Rider ni tak terhenti sebab setiap tahun ada siri baharu.
MUHAMMAD HARIZAL HAFEEZ HASSANAL
PENUNTUT UNIKL
Malah, ada antara koleksi berkenaan dibelinya secara pra tempahan dari negara seperti Jepun dan Indonesia.
“Antara impian saya ialah nak pergi ke Jepun. Saya start minat Kamen Rider masa darjah dua.
“Macam belt tu saya pre-order dari Jepun, kostum dari Indonesia. Minat Kamen Rider ni tak terhenti sebab setiap tahun ada siri baharu.
Antara koleksi milik Harizal.
“Biasanya kalau ada anniversary mereka akan buat movie crossover, jadi sentiasa ada sesuatu untuk look forward,” ujarnya.
Menurut Harizal, koleksi itu dikumpul bagi merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya.
Malah, dia juga sanggup berhabis duit untuk mendapatkan beberapa koleksi termasuklah tali pinggang yang berharga sekitar RM1,600.
Foto kenangan Harizal bersama rakan-rakannya yang memiliki minat sama.
“Dulu tak mampu, bila dah besar ada modal, baru beli.
“Saya ada lebih kurang 20 belt, kostum pernah ada tiga… tapi dua dah dijual. Ada juga kumpul poster dan mainan,” ujarnya.
Malah, keluarga dan rakan-rakan turut peka dengan minat Harizal dan sentiasa menyokongnya dari dulu hingga sekarang.
Harizal meminati Kamen Rider sejak sekolah rendah lagi.
Bercerita mengenai video tular itu, Harizal mengakui bersyukur apabila ia menjadi hiburan buat segelintir individu khususnya dalam tempoh sukar ini.
Sehingga kini, video berkenaan menerima lebih 68,000 tontonan dengan 3,800 ulang kicau (Retweet) di Twitter.
Harizal sewaktu menyertai pertandingan Cosplay.
Dalam video itu, Harizal berdiri di hadapan cermin di kediamannya di Seremban 2, Negeri Sembilan sebelum bertukar menjadi watak Kamen Rider dengan bantuan suntingan video yang dilakukannya sendiri.
Malah, ramai pelayar Twitter khususnya peminat karakter itu menghujani posting Harizal dengan pelbagai komen di Twitter.
I was bored at home so got the idea to make this video. Henshin to Kamen Rider Ryuki pic.twitter.com/3vIhu3dyD1
— The Dark Knight (@_hrzlhafeez) March 24, 2020
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar