Susulan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan, Persatuan Seniman Malaysia tampil menyuarakan hasrat kepada kerajaan demi meringankan beban artis.
Cadangan itu dikemukakan menerusi akaun media sosial rasmi Seniman melalui Finas dan Kementerian Komunikasi & Multimedia.
Menerusi cadangan Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 c0v1d-19, berikut perkara yang Seniman minta untuk dipertimbangkan:
1) Cadangan Projek Inisiatif – Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 c0v1d19 KKMM (Bantuan Kecemasan)- Cadangan Nama Bantuan : BANTUAN KHAS c0v1d-19 PENGGIAT SENI MALAYSIA (c0v1dSENI-2020)
2) BANTUAN KHAS E-TUNAI ATAU TUNAI RM 500 HINGGA RM 1000 MENGGUNAKAN PEMBAYARN MELALUI ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) Saraan (mengikut kriteria) Semasa Krisis (untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, mineral water dan barang keperluan penting semasa PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
3) “Skim Kerugian Seni” bantuan kerugian dari min RM 1000 ke RM 3000 menangung kerugian penanguhan pengambaran, promosi, persembahan dan yang lain lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan.
4) BAUCER KEPERLUAN DIRI DAN RUMAH UNTUK ANAK SENI, JAMINAN KERAJAAN MELALUI KPDHEP DENGAN KERJASAMA PASARAYA SEPERTI TESCO, GIANT, NSK, MYDIN DAN SEBAGAINYA.
5) PEMERIKSAAN c0v1d 19 KESIHATAN PERCUMA UNTUK PENGGIAT SENI DI h0sp1tal KERAJAAN DAN SWASTA (yang memerlvk4n sahaja)
6) DANA KHAS PERSATUAN PERSATUAN SENI BAGI KEMPEN c0v1d 19 UNTUK MEMBANTU KERAJAAN MEMBERI PENERANGAN KEPADA RAKYAT DENGAN LEBIH BERKESAN.
7) SISTEM BANTUAN PENGGIAT SENI YANG TIDAK MEMPUNYAI KWSP
Bantuan kewangan Khas sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia.
Senarai cadangan Seniman itu mendapat pelbagai reaksi orang awam di platfom media sosial Twitter yang kebanyakannya kurang bersetuju dengan cadangan berkenaan.
Kau tengoklah Persatuan Seniman demand apa?
1. E-wallet RM500 – RM1k
2. Baucer pembelian barang keperluan diri dan rumah
4. Pemeriksaan covid percuma di hospital kerajaan DAN HOSPITAL SWASTA.
3. Bantuan khas RM1k SETIAP BULAN untuk tempoh 6 BULAN.🤦♂️🤦♂️🤦♂️🤦♂️🤦♂️ pic.twitter.com/SQdymUPcbC
— JUST STAY AT HOME! DUDUK DIAM-DIAM (@IniAlannn) March 29, 2020
Pengumuman kerajaan tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihati Rakyat minggu lalu mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan artis dan penggiat seni.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak