Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham, mendedahkan bahawa dia pernah mengalami kemurungan gara-gara sebahagian kepalanya tidak ditumbuhi rambut.
Issey, 33, berkata, kejadian itu berlaku lima tahun lalu selepas dia mencvkur botak kepalanya.
“Aku nak kongsi, lima tahun lepas, aku pernah kemurvngan sebab bahagian tu tak tumbuh lepas aku cukvr botak.
“Macam-macam cara cuba, sampailah aku jumpa @paksu_shamsul_ghaughau cadang dekat aku pergi satu klinik dekat kawasan Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dapat rawatan tiga bulan, tumbuh balik,” katanya yang berkongsi cerita itu menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Issey turut berkongsi foto keadaan rambut bahagian kiri kepalanya yang kelihatan lompong.
Katanya lagi, menurut doktor, kegagalan rambutnya untuk tumbuh semula itu disebabkan oleh keadaan dirinya yang berada dalam keadaan strees.
“Doktor tu cakap, masa aku cvkur botak tu, aku tengah strees. Pengajaran di sini ialah, jangan strees, berdoa. Allah sentiasa bersama kita,” kongsinya.
Perkongsian Issey itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Ada yang turut mengakui berdepan masalah sama yang berpunca daripada tekanan.
“Betul-betul. Saya tengah alami sekarang, rambut tak tumbuh macam ni, bulat-bulat banyak tempat bukan satu je. Pergi klinik doktor kata tak ada apa, cuma saya strees je. Punyalah takut sampai menangis risau takut tak tumbuh dah, nasib baik pakai tudung.
“Kawan saya pernah jadi begini juga sebab stres. Pergi jumpa doktor lepas tu okay dah,” tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak