“Masih Kecil Tapi Mereka Faham” – Akur Dengan Situasi, Irma Hasmie Luah Rasa Sayu Sambut Hari Lahir Anak

Pelakon Irma Hasmie berasa sayu menyambut hari lahir anak sulungnya, Redza Syah Irfhan secara sederhana di rumah ketika negara sedang berhadapan krisis c0v1d-19 ketika ini.

Namun menurut Irma, anaknya itu memahami situasi sukar yang sedang dihadapi masyarakat meskipun usia mereka masih kecil.

Perkara itu dikongsi Irma menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Sayu sedikit tahun ini sambut birthday dia, Naylie pun tahan seb4k.

“Mereka mungkin masih kecil tapi saya pasti mereka juga faham dengan cara umur mereka tentang situasi yang kita semua hadapi, sebab bila saya terangkan kenapa kita bersederhana tahun ini, dia terima sebaiknya,” tulis Irma sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Irma mengajak orang ramai untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Banyak perkara kita belajar sepanjang PKP, ibrah dan hikmah, jadi kita terus sabar ya sahabat-sahabat, jangan henti berdoa agar semua pulih dengan izin Allah.

“Bila tiba masanya itu, ingat semua, kekalkan rasa bersyukur yang kita perolehi waktu sukar ini, walaupun keadaan kembali senang, hadiahkan kami rasa itu ya Allah, Amin,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Irma di ruangan komen.

Rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir buat Redza dan mendoakan kebaikan buat Irma sekeluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sayu sedikit tahun ini sambut birthday dia…😢 Naylie pun tahan sebak. Mereka mungkin masih kecil tapi sy pasti mereka juga faham dengan cara umur mereka situasi yg kita semua sedang hadapi. Sbb bila sy terangkan kenapa kita berserdahana tahun ini, dia terima sebaiknya..terima kasih Allah. Bila mana kita lihat, dengar atau baca kisah2 keluarga terutamanya yg ada anak kecil hadapi masalah covid19, kita juga akan menangis dan jauh dalam sudut hati akan terus berdoa..betul? Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Banyak perkara kita belajar sepanjang PKP, ibrah dan hikmah, jadi kita terus sabar ye sahabat2..Jangan henti berdoa agar semua pulih dengan izin Allah. Bila tiba masanya itu..ingat semua, kekalkan rasa bersyukur yg kita perolehi waktu sukar ini, walaupun keadaan kembali senang.. Hadiah kan kami rasa itu ya Allah… Ameeennn #redzasyahirfhan #redzasyahirfhanturns7 #covid19 #29032020 #stayathome #quarantinebirthday2020

A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

Imbas kembali, Irma mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Redza Syah Irfhan serta Irma Nur Naylie.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak