“Sedihnya Dia Tak Dapat Bersama Anak-Anak” – Isteri Dr. Sheikh Muszaphar Terdedah Cov1d- 19, Kuarantin Diri

Datin Dr. Halina Mohd Yunos, isteri kepada doktor bedah ortopedik dan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sedang melalui proses kuarantin diri sendiri.

Perkara tersebut dikongsi oleh Sheikh Muszaphar di Instagram miliknya dengan memberitahu Dr. Halina terdedah pada c0v1d.

“Dr. Halina exposed to c0v1d. Isteri tercinta Dr. Halina sudah mula melakukan pemeriksaan terhadap pes4kit c0v1d-19 sejak hari pertama lagi.

“Malam tadi dia membuatkan kami risau kerana dia pulang daripada kerja dengan simpton sakit tekak dan batuk. Lepas lakukan ujian swab, dia terpaksa kuarantinkan dirinya sendiri di dalam bilik sehingga mendapat keputusan,” tulis Sheikh Muszaphar.

Tambah Sheikh Muszaphar, perkara yang amat menyedihkan adalah isterinya itu tidak dapat bersama dengan anak-anak.

“Saya teringat ketika dia menghubungi daripada h0sp1tal dan tidak tahu ke mana mahu dituju kerana tidak mahu saya dan anak-anak mendapat j4ngk1tan.

“Walaupun dalam keadaan begitu, dia masih memikirkan orang lain daripada dirinya sendiri,” tulis Sheikh Muszaphar.

Tambahnya lagi, dia bersyukur apabila keputusan yang diterima adalah negatif, namun bangga dengan isterinya yang terus ingin menyambung kerjanya hari ini.

“Itulah Dr. Halina, bukan kerana dia isteri saya, tetapi kerana dia seorang doktor yang telah dilatih untuk membantu orang lain.

“Untuk mengorbankan diri demi mereka yang sakit. Apa yang penting adalah menyelamatkan nyawa walaupun risikonya tinggi,” tulisnya lagi.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar turut mendoakan semua doktor, jururawat dan mereka yang terbabit dalam bidang perubatan supaya terus kuat dan berani.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pic – Dr Halina exposed to Covid … Beloved wife Dr Halina has been screening patients for Covid-19 since day 1 . Last night she gave us a scare when she just got back from work with symptoms of sore throat and cough … After taking the swab test she was self quarantined at home in the room while awaiting for the results . It saddens me to see that she was not allowed to be even close to the children – can’t imagine how she felt the entire 8 hour ordeal . I remembered her calling me from the hospital not knowing where to be as she does not want to infect me and the kids . Even at that stage she was more concerned of others . And Alhamdulillah – the results were negative . Inspite of everything that just happened she still determined to continue working today . That’s Dr Halina – not because she’s my wife BUT because she’s a doctor who has been trained to help others … to sacrifice oneself for the sake of the sick …what matters is saving lives no matter how great the risk . To all doctors , nurses and medical related people out there … be strong & brave . You will always have our prayers at all times . Just sharing … Love As Always … PS – To my Beloved wife Do continue your brave and noble effort . InsyaAllah – Allah will ease your path Dunia & Akhirat PSS – You are my true Hero PSSS – Diri ini berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorbanan mu … 😰

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

“Buat isteri tercinta, teruskan usaha murni ini. Insya-Allah, Allah akan mempermudahkan jalan kita dunia dan akhirat.

“You are my true hero. Diri ini berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorb4nanmu,” tulis Sheikh Muszaphar khas buat isterinya.

Dr. Sheikh Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina pada 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :