Hari ini merupakan hari ke sebelas rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak COVID-19.
Tempoh PKPyang sebelum ini sepatutnya tamat pada 31 Mac telah dilanjutkan dari 14 hari ke 28 hari yang mana tempoh ini akan berakhir pada 14 April 2020.
Malah, dalam tempoh ini juga kes wabak Covid-19 dikatakan terus meningkat dari hari ke hari dan sehingga hari ini jumlah kes adalah sebanyak 2161 kes yang telah dilaporkan.
Masih ada yang deg1l
Pelbagai penguatkuasaan telah dilakukan supaya penduduk dapat mematuhi arahan supaya tidak keluar dari rumah masing-masing.
Sebelum ini pelbagai video telah tular yang mana memaparkan masih ada lagi orang melepak, bermain bola, jogging dan keluar rumah tanpa mengikut peraturan PKP yang telah ditetapkan.
Ada juga di antara mereka yang telah ditahan dan didakwa di atas kesalahan yang dilakukan.
Balik rumah disiram air
Satu video di Facebook memaparkan seorang ayah yang sedang ‘mencuci’ anaknya yang masih di atas motor menjadi tular.
Lelaki tersebut dikatakan berbuat demikan kerana mahu mengajar anaknya yang tak dengar kata untuk duduk di rumah.
“Kan Abah dah cakap jgn keluar rumah! Degil!! Ni makan dia. Terbaik Pakcik”
Rata-rata netizen terhibur dengan apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut untuk memberi pengajaran kepada anaknya agar mematuhi PKP.
Malah ada juga yang memuji tindakannya kerana ia berupaya menyahkuman dengan membasuh keseluruhan badan dan motor anaknya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: YOY Network