Tidak dapat bertemu keluarga mungkin antara ‘keperitan’ yang terpaksa dilalui oleh ramai akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan demi mengawal w4b4k c0v1d- 19 daripada terus merebak.
Namun, kita semua masih ada cara untuk berhubung dengan keluarga dan juga melihat wajah-wajah insan tersayang.
Panggilan video melalui aplikasi WhatsApp, FaceTime dan banyak lagi aplikasi terbaru seperti Houseparty banyak membantu mengurangkan rasa rindu.
Pelakon Nabila Huda juga tidak terlepas dengan perasaan rindu kepada papa tercinta, raja rock Amy Search.
Pada satu entri di Instagram miliknya, Nabila berkongsi sekeping gambar Amy yang baru habis mengerjakan solat dan sedang menadah tangan berdoa pada Yang Esa.
“Tiba-tiba emotional pulak pagi ni tengok gambar ni. Rasa bersyukur masih lagi diberi peluang Untuk bernafas dapat tengok papa dan keluarga tersayang.
“Thank you mummy sebab sentiasa update video and gambar papa. Dapat jugak la lepas Rindu. Love you both,” tulis Nabila pada entri tersebut.
Nabila yang pernah terputus hubungan dengan ayahnya buat beberapa ketika kini sangat gembira kerana hubungan tersebut kembali pulih seperti sedia kala.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak