Artis lain minta bantuan kerajaan, Shahrol Shiro turun padang agih sumbangan

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, ramai individu prihatin yang tampil memberi bantuan buat ‘frontliner’ yang berkhidmat untuk negara.

Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro tidak terkecuali menghulurkan sumbangan buat golongan terbabit termasuk insan yang hidup dalam serba kekurangan sekitar Kluang, Johor.

Menurut Shahrol atau nama penuhnya Shahrol Azizie Azmi, dia tidak sanggup melihat golongan susah terputus bekalan makanan dan cuba sedaya upaya untuk membantu walaupun hanya kuantiti sedikit.

“Ini masa kita buka mata tengok masyarakat sekeliling kita. Jangan bagi sesiapa susah sampai terputus bantuan makanan.

“Mana yang ada hulurkanlah tak banyak pun sikit.. Kita bagi bukan sebab kita kaya tapi kita tau peritnya bila tiada,” tulisnya.

Menerusi posting lain, selebriti berusia 35 tahun itu menitipkan doa supaya barisan hadapan negara tidak akan berputus asa dalam merawat pes4kit di h0sp1tal.

“Jangan mengalah frontliner semua.. Doa kami mengiringi setiap langkah perjuanganmu,” katanya.

Posting tersebut mengundang reaksi positif netizen yang rata-rata mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas tindakan murni Shahrol dalam usaha melakukan kebaikan.

Artis contoh!

Hulurkan bantuan, bukan harapkan bantuan

Moga murah rezeki berlipat kali ganda

Walaupun takde ‘job’ tidak lupa hulur bantuan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: kulihatlangitbiru