“Kalau rasa dengan fitn4h jah4t ini boleh buat anda seronok, bangga… teruskan!” – Amyza Aznan kesal gerakan ‘b0ikot artis samp4h’

PELAKON Amyza Aznan akhirnya membuka mulut selepas isu paparan skrin dia bersama beberapa artis tersebar di media sosial sehingga menimbulkan kemar4han netizen.

Menurut Amyza, dia bersama beberapa orang rakan artis dif1tn4h oleh pihak tertentu yang mempunyai niat jahat.

“Hebat admin dan troopers. Fitn4h yang anda rancang telah berjaya, anda berjaya buat orang percaya dengan rancangan jah4t anda.

“Tak apa, kalau rasa dengan fitn4h yang jah4t ini boleh buat anda seronok, bangga… teruskan!,” katanya menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Amyza turut memuat naik paparan skrin mempamerkan wajah dan nama beberapa selebriti yang menjadi m4ngsa kec4man netizen.

Amyza tutup ruangan komen di Instagram.

Dalam foto tersebut turut dinyatakan tanda pagar ‘Boik0t Artis Samp4h’ kerana meminta bantuan khas artis, hi1na netizen IQ rendah, tak hairan bawang netizen dan tak hirau sokongan netizen.

Isu perang artis dan netizen ini bermula apabila penyanyi Black mencadangkan bantuan khusus daripada kerajaan untuk penggiat seni.

Kemuncaknya apabila tersebar beberapa keping foto rakaman perbualan beberapa orang selebriti dalam satu akaun Telegram milik Persatuan Seniman Malaysia yang didakwa menghi1na netizen dan pelakon Zarina Anjoulie.

 

Saya banyak kerja berfaedah lain dari mengadap benda-benda negatif ini.

AMYZA AZNAN

PELAKON

Sementara itu, Amyza berkata dia mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram miliknya kerana enggan melayan komen ne4tif netizen.

“Oh yang kata takut… off comment, malas nak layan! Saya banyak kerja berfaedah lain dari mengadap benda-benda negatif ini.

“Nak takut dengan kec4man? Saya lagi takut kut-kut tengah ni tersebar, manusia tengah ralit, tiba-tiba dunia ki4mat,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar