Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha memohon orang ramai agar tidak mempertikaikan perubahan fizikalnya dan memberikan fokus pada apa yang berlaku pada dunia sekarang.
Jelas Daiyan, adalah hak dia untuk tidak menerangkan tentang perubahan fizikal bentuk hidungnya kepada mana-mana pihak.
“Guys… dah lah. Saya tak kisah pun apa yang orang nak cakap tentang fizikal saya sekarang.
“Pertama, itu hak saya dan keduanya, saya tak perlu untuk menerangkan kepada sesiapa pun.
“Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya, perlu ke waktu-waktu kritikal macam ni, kita cakap mengenainya. Seriuslah,” tulis Daiyan menerusi akaun Twitternya.
guys.. dah la. i don't mind at all the words that are circulating about my physical appearance. (1. It is my right & 2. I don't have to explain it to anybody pun) but what boggles me is.. perlu ke time2 kritikal macam ni, we speak about that.. serious la 😔
— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) March 30, 2020
Tambah Daiyan, dia enggan mengambil pusing tentang perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadanya.
“Apa kata kita salurkan tenaga kepada sesuatu yang lebih bermanfaat.
“Duduk di rumah tapi biarlah jari-jemari tu menaip perkara positif sebab di luar sana banyak yang memerlvk4n sokongan dan doa kita, kan? dah la. takyah g4duh.
“Banyak orang kat luar sana tengah sus4h, banyak keluarga mender1ta untuk survival, petugas-petugas kesihatan yang bert4rung nyawa, p0lis, tentera semua yang turut sama turun padang, perkhidmatan penghantaran dan sebagainya.
“Jangan ambil mudah,” ujarnya.
Malah, Daiyan menyeru orang ramai agar menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlvk4n.
“Daripada bergosip, lebih baik fokus kepada mereka yang memerlvk4n ketika ini.
“Saya sentiasa berkongsi platform untuk menderma di ruangan media sosial saya.
“Kalau kita tak boleh sumbang tenaga, masa, atau harta benda kewangan, sekurang-kurangnya buatlah mereka gembira,” tambah Daiyan.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak