Pengarah dan penerbit Radius One, Shahrulezad Mohameddin mempunyai prinsip tersendiri untuk tidak mengulas atau menyuarakan pandangan mengenai isu dana khusus kepada penggiat seni.
Pengarah drama Nur itu memilih untuk menyimpan komen kerana berpendapat pada masa sekarang apa yang perlu dilakukan adalah saling menyokong antara satu sama lain.
“Sayang semua. Berhenti DM me asking my comment regarding issue dana untuk golongan artis semua tu. I reserved my comment. The only thing I can say are. Its a wrong timing and its a wrong choice of words.
“Abam faham apa yang cuba dimaksudkan oleh rakan artis dan dalam pada masa yang sama abam faham jugak sensitiviti yang cuba ditimbulkan netizen. So chill okay.
“Yang penting sekarang kita kena saling sokong antara satu sama lain. Tak kira lah golongan B40 ka T20 ka. Bagi abam sama jer. We need each other. And I hate labelling.
“Kau susah aku tolong. Aku susah kau tolong dan kita susah insya-Allah Allah pasti akan tolong. Tak kira la kau artis atau tak,” tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, Shahrulezad berharap agar tidak wujud perasaan benci antara satu sama lain.
“Dalam keadaan sekarang ni kita kena sama-sama berganding bahu sesama kita sokong satu sama lain. Yang akan mengalahkan c0v1d-19 ni ialah manusia atas izin Allah.
“Jadi henti membenci dan ‘curse’ satu sama lain. Abam sayang semua sama jer. Darah kita pun sama warnanya kan. Merah!
“So lepas ni tak yah ler tanya abam lagi ek soalan soalan pasal tu. Serba salah abam nak jawab,” tulisnya lagi.
Sekadar makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Malaysia terpaksa akur selepas kes c0v1d-19 kini mencecah 2,626 orang dengan 37 rekod kem4tian.
Justeru, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :