‘Ada tanda-tanda awal kita berjaya kawal Cov1d-19’ – Dr Noor Hisham

Terdapat tanda-tanda awal kita berjaya mengekang penularan w4b4k cov1d-19 berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research (MIER), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama menunjukkan terdapat sedikit garisan mendatar di dalam graf kes sekaligus memberi bayangan tanda-tanda awal langkah ini berjaya.

”Tindakan kita dalam tempoh dua minggu dalam PKP kita lihat garisan warna biru, jadi kes kita tak naik secara mendadak tetapi ada sikit mendatar.

“Jadi nampak daripada graf ini ada kejayaan ataupun tanda-tanda awal kita berjaya dalam tindakan kita untuk melaksanakan PKP.

“Oleh itu, di dalam fasa kedua PKP yang bermula hari ini sehingga 14 April, Kementerian akan meningkatkan usaha mengawal penularan cov1d-19 terutamanya di kawasan zon merah.

”Jadi kita harap fasa kedua kita dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti-aktiviti kita terutamanya di hotspot-hostpot yang telah dikenal pasti,” katanya.

Pada masa yang sama, Noor Hisham menasihatkan seluruh rakyat Malaysia untuk terus mematuhi PKP dengan kekal berada di dalam rumah dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: cempedakcheese