Nabila Huda buat ‘challenge’ baca Al-Quran sehari satu muka surat

TIDAK mahu masa terbuang sia-sia, pelakon popular Nabila Huda mengajak pengikut laman sosialnya membaca Al-Quran bersama-sama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengakui biarpun sebutan tidak begitu lancar berikutan sudah lama tidak mengaji, Nabila berkata dia percaya mampu memperbaiki bacaannya jika terus melakukan cabaran tersebut.

“Tergeliat lidah apabila lama dah tak baca Al-Quran, satu hari kita baca satu muka surat mana tahu lama-lama khatam.

“Daripada kita duduk lepak tak buat apa baik kita baca sama-sama mana tahu kita duduk rumah ni sampai raya,” ujarnya di live Instagram pada Khamis.

Nabila turut bercerita, dia belajar mengaji daripada neneknya iaitu ibu kepada penyanyi Amy Search semasa kecil dan sudah berjaya khatam sebanyak tiga kali.

“Saya sebenarnya sudah tiga kali khatam Al-Quran dengan nenek iaitu emak Amy Search, dulu dia guru mengaji.

“Jadi saya mengaji setiap hari dengan nenek sampai khatam” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut menyokong usaha Nabila untuk meneruskan cabaran tersebut setiap hari.

“Semoga terus istiqamah. Hari-hari baca setiap kali lepas solat… lama-lama akan lancar sendiri. Esok kita baca sama-sama okey” ujar netizen.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: cempedakcheese