KUALA LUMPUR: Pelakon, Anzalna Nasir, 32, bersama ahli keluarga menghulurkan keperluan asas seperti susu dan lampin pakai buang buat mereka yang tidak berkemampuan disebabkan sering menerima mesej langsung (DM) menerusi Instagram (IG) memohon bantuan.
Memahami penderitaan keluarga yang menanggung anak pada saat tiada pendapatan berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Anzalna sudah menjalankan kerja kebajikan, sejak beberapa bulan lalu.
“Jujurnya, saya terdetik mengambil inisiatif ini kerana menerima mesej langsung mereka memerlvk4n bantuan kewangan hampir setiap hari. Saya bukanlah kaya raya, tetapi dengan rezeki dikurniakan, saya cuba membantu apa termampu dengan memberi bantuan susu dan lampin pakai buang.
“Saya percaya ramai tiada duit dan tidak boleh keluar bekerja sejak arahan PKP. Saya umum dalam laman IG untuk berkongsi rezeki dengan insan tidak bernasib baik.
“Saya memahami dilema keluarga terutama golongan ibu yang kehabisan dua keperluan penting untuk anak kecil,” katanya kepada BH Online.
Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu bersimpati nasib mereka yang menderita berikutan terpvtus makanan dan barangan keperluan apabila gaji tidak dibayar. Ada antaranya bergaji hari dan tidak boleh keluar mencari rezeki, sejak pelaksanaan PKP, dua minggu lalu.
Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir berkata, dia percaya susu dan lampin adalah dua keperluan penting buat ibu bapa yang memiliki anak kecil sepertinya.
“Sebagai seorang ibu, saya tahu resah hati apabila dua barangan penting untuk si kecil kehabisan. Sebab itu, saya pilih menawarkan bantuan dua barangan berkenaan.
“Jadi, kepada mereka yang memerlvk4n bantuan, boleh menghantar mesej langsung kepada saya. Bagaimanapun, saya akan terlebih dahulu melihat dan menilai kemampuan, sebelum menghulurkan bantuan. Saya kena pastikan individu berkenaan tidak berkemampuan dan memerlvk4n pertolongan.
“Saya mohon mereka yang memerlvk4n bantuan tidak ‘private’ akaun IG kerana saya perlu memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang susah. Bantuan akan terus dimasukkan dalam akaun bank, memandangkan sekarang masih dalam tempoh PKP,” katanya.
Wanita kacukan Melayu, Cina, Pakistan dan Bugis itu berkata, dia mengharapkan mereka yang memohon bantuan bersikap jujur.
“Apa yang penting, saya sudah menjalankan tanggungjawab membantu mereka yang memerlvk4n. Wang diberikan khas untuk membeli susu dan lampin. Namun, sekiranya ada yang ingin meminta memberi barangan keperluan lain, insya-Allah, saya akan berusaha menunaikannya.
“Ini hanya sebahagian bantuan kecil yang dapat dilakukan bersama keluarga. Saya sentiasa berfikir apa yang boleh dilakukan bagi meringankan kesempitan hidup mereka yang memerlvk4n, setiap hari.
“Kami sepakat menghulurkan bantuan berbentuk dua keperluan ini untuk meringankan bebanan, atas persetujuan ahli keluarga,” katanya.
Pelakon filem Sepah The Movie dan Kahwin 5 itu berkata, dia hanya membantu apa yang termampu.
“Ini sahaja yang dapat saya dan keluarga hulurkan pertolongan dalam keadaan kritikal seperti ini,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online