“Cari pengganti? Buat Pertama Kalinya, Aliff Syukri Ded4h Segala Persoalan Yang Berlaku

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia dan isteri iaitu Datin Seri Nur Shahidah sedang berdepan pergol4kan rumah tangga apabila memuat naik surat permohonan cer4ai di laman sosial baru-baru ini.

Bagaimanapun Aliff berkata, dia tidak dapat mengulas mengenai perkara itu berikutan tuntutan cer4i berkenaan dibuat oleh isterinya.

“Fail cerai? soalan itu ramai yang tanya dan tak sangka viral… bukan saya yang viralkan! Saya rasa soalan ini tak patut ditanya sebab bukan saya yang tuntut dan failkan.

“Ya! saya lalui dan saya terkejut tapi doakan yang baik-baik. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa!

“Merajuk? tak merajuklah… berbeza merajuk dengan tawar hati, saya rasa cukuplah… saya pun tak nak mengata orang,” katanya menerusi Instastory.

Aliff enggan mengulas terlalu lanjut mengenai rumah tangganya.

Aliff mendedahkan mengenai konflik rumah tangganya itu dengan menjawab beberapa soalan daripada pengikut.

Pada Khamis lalu, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkongsi surat tuntutan cer4i yang difailkan isterinya di Instagram sehingga mengundang persoalan netizen.

Ia seolah-olah memberi gambaran satu keputusan sudah dicapai membabitkan status rumah tangga mereka.

 

Cari pengganti? Saya tak fikir lagi sebab yang ada ni pun baik… kalau nak sebagai kawan bolehlah tapi untuk lebih-lebih buat sementara ini tak!

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

Meskipun sudah tinggal berjauhan dengan isteri, Aliff berkata dia masih bertemu dengan anak-anak.

Malah, dia juga mengakui bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya kini dan mahu memberikan tumpuan kepada perniagaan.

Aliff jawab beberapa soalan daripada pengikut.

“Saya tak nak klarifikasi hubungan kami tapi apa yang boleh beritahu saya bahagia dengan apa yang dilalui, tak perlu nak kutuk sesiapa.

“Sebenarnya saya selalu balik jumpa anak dalam dua minggu tiga kali atau seminggu sekali, cuma saya tak update di Instagram, tak semua saya update.

“Cari pengganti? Saya tak fikir lagi sebab yang ada ni pun baik… kalau nak sebagai kawan bolehlah tapi untuk lebih-lebih buat sementara ini tak kot… fokus bisnes,” katanya.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan ramai apabila Aliff dikesan tidak lagi mengikuti isterinya di laman Instagram sehingga mengundang pelbagai andaian netizen.

Menerusi laporan mStar pada 13 Mac lalu, Aliff bagaimanapun menegaskan hubungan dia dan isteri dalam keadaan baik sahaja.

Pasangan ini berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar