Bajet RM50k Man Raja Lawak Telah Habis Disalurkan Kepada Mereka Yang Memerlukan

Di Instagram, Man Raja Lawak telah mengumumkan bahawa bajet RM50 ribu yang hendak disumbangkan kepada masyarkat yang memerlvk4n sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah habis. Pada masa yang sama, dia turut membuat kesimpulan mengenai sumbangan yang telah diberikan.

Menurut Man, dia meminta maaf kepada mereka yang tidak menerima bantuan daripadanya. Ini kerana, wang yang diperuntukkan sudah habis. Tambahnya, dia turut men1ngg4lkan pesanan buat masyarakat yang sudah menerima wang daripadanya agar berbelanja sebaik yang mungkin menggunakan wang yang diberi. Buat mereka yang sabar menanti jawapan sama ada mereka akan menerima bantuan ataupun tidak, Man mengucapkan terima kasih di atas tahap kesabaran mereka sepanjang menunggu maklum balas daripadanya.

Tak ada maklumat yang lengkap

Sepanjang tempoh pemberian sumbangan, Man berjaya membuat satu kesimpulan di mana segelintir masyarakat yang meminta bantuan tidak menepati syarat yang diberikan olehnya. Malah, ada yang meminta amaun yang luar biasa. Selain meminta amaun yang luar biasa, ada juga masyarakat yang tidak memberikan maklumat yang lengkap, bukti profile tidak sama, tidak peka terhadap perkembangan terkini dan terlalu tidak sabar.

Sumber: Man Raja Lawak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OH Bulan