“Orang Lenggong Please Take Note,” – Yatt Hamzah Berdoa Urusan Warga Tua Istimewa Ini Dipercepatkan

Berkongsi petikan artikel Harian Metro yang berkisar seorang warga tua berstatus OKU yang masih menunggu bantuan daripada kerajaan bagi kelangsungan hidup, kongsi Yatt Hamzah, dia berharap agar warga tempatan yang berhampiran kawasan berhampiran dapat membantu.

“Ya Allah KAU permudahkanlah urusan pakcik ini. Semoga ada yg berdekatan dapat membantunya.

“Orang2 Lenggong please take note. Jika ada sesiapa yg tahu update terkini ttg pakcik ni mohon kongsikan di sini ya..

Skrg masa utk kita saling membantu. Dan bersatu. ALLAHUAKBAR!,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah KAU permudahkanlah urusan pakcik ini. Semoga ada yg berdekatan dapat membantunya.. Orang2 Lenggong please take note..🙏 Jika ada sesiapa yg tahu update terkini ttg pakcik ni mohon kongsikan di sini ya.. Skrg masa utk kita saling membantu..Dan bersatu.. ALLAHUAKBAR! . . #yattmengayat #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #bondaYHshare #sharingiscaring #bondaYattshare #COVID19 #GoAwayCovid19 #fightcovid19 #LOCKDOWN #stopcovid19 #PKPday18 #STAYATHOME #STAYHOME #DudukRumah

A post shared by BONDA YATT . BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on

Memetik artikel, Ibrahim Shahid yang berusia 80 tahun itu mengesot untuk bergerak dan mendakwa ada menerima bantuan beras dan minyak masak daripada anak didiknya.

Jelasnya seperti yang dipetik, buat masa ini dia menerima bantuan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jiran akan membantu membelikan barang keperluan kerana  dia tidak mampu bergerak.

Menurut Ibrahim, sebelum ini dia mencari rezeki sebagai nelayan di Tasik Kota Tampan Air dengan sampan bantuan kerajaan dan pernah mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain di rumah dan surau kampung dari tahun 1968 sehingga 1998.

“Saya dapat bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan cukup untuk saya seorang di samping jiran-jiran akan membantu untuk membelikannya.

“Pada usia ini, saya tidak mampu lagi ke sana-sini walaupun dengan menunggang motosikal tayar empat bantuan daripada Baitulmal MAIPk (Majlis Agama Islam Perak) sejak lebih 15 tahun lalu,” katanya yang hidup sebatang kara di rumahnya di di Kampung Pisang, Kota Tampan, Lenggong.

Foto : Instagram Yatt Hamzah & Harian Metro

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH