Bosan 3 minggu ‘terkvrung’, PM kagum lihat rag4m bu4ng tab1at rakyat Malaysia – “Yakinlah, kita dapat atasi dugaan ini bersama”

PELBAGAI ragam aneh dan pelik rakyat Malaysia yang disajikan di laman sosial sejak tiga minggu ‘terkvrung’ di kediaman masing-masing lantaran kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penul4ran c0v1d-19.

Namun bagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sungguhpun ada yang kelihatan seperti ‘buang tabiat’, namun beliau kagum dengan kreativiti rakyat Malaysia yang mencipta pelbagai aktiviti bagi menghilangkan kebos4nan masing-masing.

“Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu.

“Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.

“Yang penting saya fikir saudara-saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian,” katanya ketika menyampaikan ucapan Langkah Tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen pada Isnin.

Perdana Menteri dalam masa yang sama berkata, beliau memahami situasi kini di mana rata-ratanya mulai berasa agak terbeban bukan sahaja kerana bimbang dengan penul4ran w4b4k tersebut, namun dalam masa yang sama pergerakan amat terhad sejak tiga minggu lalu.

Tan Sri Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan Langkah Tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat pada Isnin.

“Selama tiga minggu ini, kita terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang biasa kita buat. Kita tinggalkan hobi kita, kita tinggalkan pekerjaan kita, kita rindu kepada kawan-kawan dan keluarga yang berjauhan. Pendek kata, kehidupan kita amat berbeza, dan kadang-kadang berasa sedikit terbeban,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, situasi yang dihadapi Malaysia ketika ini merupakan satu ujian daripada Tuhan, sambil menambah setiap rakyat perlu cekal dalam mendepaninya bersama-sama.

“Dan saya yakin Tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang tidak boleh kita tanggung.

“Saya yakin dugaan yang dibawa oleh w4b4k c0v1d-19 ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat tanggung oleh kita semua. Teruslah cekal, kuat dan bersemangat.

“Yakinlah, kita akan dapat atasi dugaan ini bersama-sama,” ujar beliau.

Kerajaan Malaysia mula melaksanakan PKP bermula 18 Mac lalu dan ia dilanjutkan ke fasa 2 sehingga 14 April ini demi membendung penul4ran w4b4k c0v1d-19, yang telah meng0rbankan 62 individu setakat ini. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar