“Tak Semua Orang Buat Amal Jariah Suka Kongsi Dalam Media Sosial” – Faezah Elai Buka Mulut Lepas Netizen Persoal Mengenai…

Pelakon Faezah Elai berharap agar netizen dapat berhenti daripada terus mempersoalkan perbuatan dan amal kebajikan yang dilakukannya selepas ada pihak merasakan ia tidak pernah dilihat dicanang di media sosial.

Faezah atau nama sebenarnya, Noor Faezah Md Elai, 38, berkata, dirinya bukanlah seorang yang suka menghebahkan amalan baik di media sosial untuk tatapan umum.

“Kali ini saya akan buat anda mengerti agar sebahagian daripada kamu akan berhenti bertanyakan kepada saya mengenai, ‘tak beri bantuan ke? Awak tak buat charity ke? Tak solat hajat ke? Tak baca al-Quran ke’?

“Tak semua orang buat amal jariah suka kongsi dalam media sosial,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Once and for all I’m gonna make u understand so some of u will stop asking me u tk bg bantuan ke? U tk buat charity ke? Tk solat hajat ka? Tak baca quran ka? READ THIS.. Tk semua org buat amal jariah suka kongsi dlm media social.. “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 271) . Ibadahku? Masa mula2 penghijarahan dulu,tk pernah sy cerita or kongsi ttg itu sampai hari ni.. Sbb penghijrahan itu kerana Allah.. “Wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Beliau menjawab, “Yaitu riya’. Pada Hari Pembalasan Allah berkata, “Pergilah kepada orang-orang yang kamu ingin mereka melihat amal-amal kamu. Lalu lihatlah! Adakah pahala yang disediakannya?” . Tp tu tk bermakna org yg kongsi amalan nya tu jahat.. terpulang pd niat.. mcm sesetengah org,mungkin niat dia kongsi supaya org lain jugak dpt melakukan benda yg sama.. itu cara dia berdakwah.. . Tp disbbkan hakak ni masih jahil,takut hanyut dgn puji pujian dari niat kerana Allah dia tukaq jd riak so sia2 amalan.. Paham dak? As much as I respect u,pls do respect my privacy.. Tp tlg jgn dok suruh or tanya soalan yg diluar hak kita sebagai org islam.. . Tkdak apa dh yg hakak nk kejar.. i have a beautiful family,beautiful kids.. All i need now is to Istiqomah.. Lets do that together.. . P/S : tp klu nk puji hakak mcm Jessica Alba,tu tkpa… insyallah hakak tk riak sbb hakak mmg tau dh dari kecik.. 🤣😂🤣😂#relaxhakakmelawakja . #panjanglahpulak #bacasampaihabis #stayathome #stayhome #juststayathome #RMO #feelingblessed #alhamdulillah #faezahelai #lovelovelove

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Bahkan, katanya, sewaktu dia melakukan penghijrahan dengan mengenakan hijab, dia sendiri tidak pernah berkongsi membicarakan hal tersebut kepada umum.

“Ibadahku? Masa mula-mula penghijrahan dulu, tak pernah saya cerita atau kongsi tentang itu sampai hari ini sebab penghijrahan itu kerana Allah.

“Tapi itu tak bermakna orang yang kongsi amalannya itu jahat. Terpulang pada niat, macam sesetengah orang, mungkin niat dia kongsi supaya orang lain juga dapat melakukan benda yang sama, itu cara dia berdakwah.

“Tapi disebabkan akak ni masih jahil, takut hanyut dengan puji-pujian dari niat kerana Allah dia tukar jadi riak so sia-sia amalan. Faham tak?,” katanya.

Jelas Faezah lagi, dia juga berharap agar orang ramai dapat faham dan menghormati dengan pendirian hidupnya itu.

“Tolong hormat privasi saya sebagaimana saya menghormati anda semua. Tak ada apa dah yang akak nak kejar.

“Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dengan anak-anak. Apa yang saya mahukan kini hanyalah istiqamah,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak