Pelakon Wawa Zainal meluahkan hasratnya untuk menambah cahaya mata lagi sebelum usianya mencecah 30 tahun ini.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, dia mempunyai impian untuk mempunyai dua orang lagi cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangganya.
“Eeee tiga dah anak..misi tambah dua lagi sebelum umur 30 tahun. Masalahnya sekarang pun dah 28 tahun,” kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut, Wawa turut berkongsi foto ketiga-tiga cahaya matanya.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu turut memberi bayangan bahawa dia tidak mahu mengandung lagi sebaik usianya mencecah 30 tahun.
“Korang umur berapa dan berapa anak? cuba kongsi #30tutupkilang #2moreyears,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
“Samalah kita pun rancang 30 tahun nak tutup ‘kilang’. Anak baru 2 orang , umur dah 27 tahun. Nak tambah lagi macam seram pula.
“Untung Wawa, muda anak dah ramai. Nanti dah tua anak dah besar panjang. Saya ni 30, kahwin pun belum, ada anak nanti entah umur berapa pula,” tulis sebahagian netizen.
Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel pada 2013.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4, dan Aya Soffya yang kini berusia empat bulan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak