“Demi Ekonomi Negara, Setahun Ni…” – Sharifah Sakinah Seru Orang Ramai Guna Duit Beli Barangan Tempatan

Pelakon Sharifah Sakinah memberi cadangan kepada peminatnya supaya merancang untuk menggunakan wang mereka membeli produk tempatan.

Menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram Sakinah, pelakon drama bersiri Isteri vs Tunang ini turut menyeru orang ramai agak merancang percutian di sekitar Malaysia sahaja selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hai guys sambil-sambil duduk rumah ni kalau ada dah start rindu makanan dan holiday dekat luar, jom kita plan spend money on local je sekarang ni.

“Demi ekonomi negara, setahun ni cuti-cuti Malaysia je setiap kali ade bajet, shopping pun dekat kedai-kedai produk dan franchise tempatan,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hi guys sambil2 duduk rumah ni kalau ada dah start rindu makanan n holiday kat luar jom kita plan spend money on local je sekarang ni. Demi ekonomi negara, setahun ni cuti2 msia je setiap kali ade bajet, shopping pun dekat kedai2 produk dan franchise tempatan. Kalau nak jugak barangan branded luar beli melalui peniaga msia. Dah berapa hari dah duduk dalam rumah ni? Takpa kita boleh rancang2 je dulu ni. Hidup Malaysia 🇲🇾 Baju dari @shophanya Socks @talesocks Kasut @drmartensofficial

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Tambah Sakinah lagi, jika ada yang berhasrat mahu memiliki barangan jenama luar negara, ia haruslah dibeli melalui peniaga Malaysia.

“Kalau nak jugak barangan branded luar beli melalui peniaga Malaysia.

“Dah berapa hari dah duduk dalam rumah ni? Tak apa, kita boleh rancang-rancang je dulu ni. Hidup Malaysia,” tulis Sakinah lagi.

Di ruangan komen, buah fikiran Sakinah itu mendapat respon positif dari peminatnya.

“Yes betul tu. Setuju dengan Kinah. Biar aliran tunai tu dalam negara je,” tulis seorang peminat.

“Betul! Demi ekonomi negara,” sahut seorang netizen yang bersetuju.

“Terima kasih. Cadangan baik untuk ushawan tempatan,” kata seorang lagi peminat.

Kepada pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak