Aktres dan pengacara Mira Filzah mendedahkan dia mengalami masalah muka ‘breakout’ sepanjang berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kata Mira, walapun dia mengambil makanan tambahan tetapi masih ada beberapa biji jerawat yang muncul di muka.
“RMO selfie. Jarang jarang nak bergambar sekarang ni. Mira ada terbaca dkt Twitter, ramai kata muka ‘breakout’ teruk sepanjang duduk rumah.
“Yes, Mira pun. Untuk seorang yang jarang ada jerawat, tiba tiba, ada dua atau tiga jerawat kecil di muka saya terkejut kita!
“Setiap hari makan Luna, vitamin C, madu dengan habbatus sauda. (For immune system yessss, during this RMO rajin2 lah makan supplements k.) Eh ada pulaaakkkk jerawat comel,” kongsinya di Instagram (IG).
Justeru, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu menasihati semua orang untuk menyemak kembali rutin harian dan elakkan diri mengambil makanan berminyak.
Dalam pada itu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman turut berkongsi cara dan kelebihan melakukan facial ais batu.
“Tapi sokay sayang, jangan panik. Mungkin anda perlu menyemak rutin harian anda. Rutin penjagaan kulit adalah satu perkara, rutin lain pun kena semak juga.
“Elakkan makanan berminyak, minum banyak air kosong, dan elakkan terlalu banyak menyentuh wajah anda.
“Inilah tips. Pernahkah anda mencuba facial ais? Senang je, ambil ais kiub dan gosok perlahan-lahan secara lembut di sekeliling wajah anda.
“Ais kiub boleh menenangkan jerawat, melembutkan kulit, memberikan cahaya berseri kepada muka, mengetatkan liang-liang, kurang lingkaran hitam dan banyak lagi.
“Anda perempuan boleh google! Macam Mira, haha Mira tertinggal semua barang dekat rumah KL. Make ups dan produk penjagaan kulit. Ada penjagaan kulit asas, hanya pembersih.
“Jadi apa yang saya lakukan ialah, rutin penjagaan kulit semula jadi DIY di rumah! Cuba lah facial ais ini okey. Terbaik!” tulisnya lagi.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :