‘Promosi tudung je, bukan baju raya’

 “PROMOSI tudung itu bukan untuk Aidilfitri saja, bila-bila nak beli dan pakai pun boleh,” kata penyanyi popular, Siti Nordiana mengenai tindakannya dikatakan sibuk mempromosikan tudung dan baju raya di Instagram ketika rakyat masih berdepan penul4ran w4b4k c0v1d-19 ketika ini. 

Siti Nordiana, 36, atau mesra dengan panggilan Nana berkata, dia tidak mahu orang ramai salah faham kerana dia hanya mempromosikan tudung dan bukannya baju raya.   

“Itu hanya koleksi tudung. Saya kena promosikannya kerana sudah menandatangani kontrak dengan syarikat tudung berkenaan. Sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, persetujuan kerjasama sudah dibuat. Jadi, saya lakukan saja apa yang sepatutnya.

 “Sesi fotografi untuk koleksi tudung sudah dibuat sebelum PKP dan tarikh untuk saya muat naik promosi di Instagram juga sudah dimaklumkan,” katanya kepada Harian Metro.

 Menurut Nana, penul4ran w4b4k c0v1d-19 dan perlaksanaan PKP adalah perkara yang tidak dijangka.

 “Tiada masalah untuk kita promosikan tudung di Instagram ketika ini. Lagipun, orang pakai tudung setiap hari dan ke mana-mana saja. Urusan pembelian juga dibuat secara atas talian (online).

 “Pemakaian tudung adalah rutin harian untuk wanita berhijab jika dia ke mana-mana. Jadi, tudung kini adalah antara keperluan wanita,” katanya.

 Menurut penyanyi lagu Hatiku Milikmu dan pelakon drama Dia Semanis Honey itu, dia juga tidak melihat tindakan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro