Sejak pengumuman oleh kerajaan tentang Bantuan Prihatin Nasional (BPN), ramai yang bersyukur dan berasa sedikit lega.
Namun pada masa yang sama, ada juga segelintir selebriti dan netizen yang memuat naik screenshot yang menunjukkan mereka tidak layak.
Tindakan tersebut walaupun tidak tahu apa tujuannya, tetapi seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk bahawa mereka mempunyai pendapatan lebih dan tidak layak menerima bantuan.
“Anda rasa itu satu jenaka dan anda rasa anda kelakar? Maaf, anda tidak.
“Trending apa agaknya kat feed aku ni. Di ketika orang risau dengan nombor giliran bantuan kerajaan masuk, ada jenis-jenis yang kemaruk komen dengan upload gambar borang apetah tu yang tulis lulus tak lulus tu,” tulis Fynn Jamal.
Tambah Fynn, dia tidak faham apa tujuan mereka sebenarnya, sedangkan melalui gaya hidup yang mereka tunjukkan di media sosial, tidak perlu pun untuk mengisi borang kerana sudah tahu tidak layak.
“Nak bagitau apa? Bantuan pun berapa ajelah sangat untuk orang-orang lifestyle of the rich and the famous kalian tu. aku malu giler tengokkan.
“Malu sebab how can people stoop so low for attention. we get it. jenaka level luar kotak yang tak terhadam fikiran.
“Dengan caption pseudo sed1h tu. Nak apa? Kalau betul kau sed1h, harta berkoyan boleh je jual. Kau yang pilih beli barang untuk susun. Tolak la. kalau kau saja-saja konon sed1h maknanya kau memang meng4nj1ng – then you guys are s1ck and tw1sted,” tulis Fynn lagi.
Tambah Fynn lagi, pada waktu-waktu beginilah buat mereka yang sedikit senang membantu memudahkan masyarakat, bantu saudara mara serta kawan-kawan.
“Ni masa-masa macam ni yang senang dengan senang-senang lupa diri dan fikir tengkuk sendiri.
“Semua tengah serabut. Tapi kalau kita bisnes jatuh, lepas habis semua ni kita ada dah strategi. Kalau golongan tent3ra kita tersungkur, nak bangkit balik belum tentu lagi. So no. Tak kelakarlah badut,” tambah Fynn.
Tambah Fynn lagi dia tidak faham dengan sesetengah orang yang mahukan keuntungan, mahu terus kekal kaya dan pada masa yang sama masih tam4k mahukan bantuan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak