Kakak kepada aktres Anzalna Nasir, Diana Nasir memilih menggunakan masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengajar anak kembarnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena mengaji Muqaddam.
Menurut Diana, aktiviti tersebut telah menjadi rutin harian keluarga mereka sejak 18 Mac lalu.
“Alif, ba, ta, yaaaa .. ok done papa! Kami menggunakan masa kuarantin ini dengan mengajar Angguns Muqaddam. Ini telah menjadi rutin harian kami sejak MCO,” tulisnya di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Diana menyatakan tempoh PKP ini memberi ruang kepada suaminya untuk menghabiskan masa bersama dengan anak-anak.
“Saya menghargai masa yang dimiliki sekarang kerana inilah masanya suami saya menghabiskan masa dengan gadis-gadis dan saya kerana sudah tentu selalu sibuk dengan kerja.
“Ia menyeronokkan melihat dia mengambil alih tugas saya setiap saat dan kemudian. Saya secara diam suka suami saya tinggal di rumah dan merasai kehidupan sebagai ibu,” tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut kagum dengan didikan agama yang diberikan dan mendoakan semoga mereka menjadi anak yang solehah.
“Bagus Diana. Ilmu akhirat tak lupa.
“Semoga jadi anak solehah Angguns. Cantik comel sangat.
“Ya Allah comelnya mereka! Semoga jadi anak yang baik dan solehah. Serius comel gila,” antara komen-komen yang ditinggalkan.
Diana dikenali di media sosial bersama anak kembarnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena serta anak bongsu, Anggun Darniella yang dilahirkan pada 10 November 2018.
Tiga orang anak perempuannya yang lebih dikenali sebagai The Angguns itu sentiasa mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak