Tindakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi foto di rumah ibunya menerusi Instagram baru-baru ini dikec4m netizen.
Foto tersebut menunjukkan Aliff dan anak-anaknya makan bersama di kediaman ibunya, Rozita Ibrahim.
“Hari ini saya gembira sebab saya boleh makan sekeluarga dengan anak-anak saya, masakan kampung dan suasana kampung,” tulis Aliff di ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengkr1itik tindakan Aliff berbuat demikian kerana dianggap mel4nggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaan.
Bukan sekadar menyelar tindakan usahawan itu, malah ada juga yang menyarankan pihak p0lis untuk mengenakan tindakan seadilnya.
“Tolong jawab Datuk, betul ke Datuk dan keluarga tak menghorm4ti arahan kerajaan untuk #stayathome.
“Dalam tempoh PKP ni boleh ya ke sana ke sini?
“Untunglah masa PKP lepas ke sana sini, kita yang tak berduit ni ikut arahan la, harap PDRM peka dengan perkara ini dan buat tindakan seadilnya,” tulis netizen.
Walaubagaimanapun, Aliff masih berdiam diri tanpa memberi penjelasan mengenai perkara itu setakat ini.
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama bersikap positif dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penul4ran wab4k COV1ID-19 dengan segera.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVI1D-19!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak