COV1D-19 : Puteri Aishah mula rawatan di hosp1tal

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Aishah yang disahkan positif c0v1d-19, memulakan rawatan di h0sp1tal Sungai Buloh (HSB), petang tadi.

Perkara itu diumumkan pengurusnya, Iman Tang melalui Instagram (IG) Story, sebentar tadi.

Dalam perkongsian itu, Iman memohon peminat berdoa urusan pendaftaran dan proses rawatan pelakon itu dipermudahkan.

“Syukur alhamdulillah, Puteri nampak sihat. Dia sempat menghantar foto dan beritahu sedang dalam ambulans dan dalam perjalanan ke h0sp1tal Sungai Buloh.

“Sama-sama kita doakan semoga Puteri selamat dalam perjalanan dan segala urusan pendaftaran di h0sp1tal… Insya-Allah,” katanya.

Entri itu memaparkan foto pelakon filem Pulang itu dalam ambulans. Puteri Aishah dilihat memakai blaus merah jambu, bertopi dan mengenakan topeng muka.

Ketika dihubungi, Iman berkata, dia masih menunggu perkembangan terkini daripada artis jagaannya itu.

Semalam, Puteri Aishah atau nama sebenar, Puteri Aishah Sulaiman disahkan positif c0v1d-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras.

Aktres berusia 25 tahun itu adalah antara enam tenaga kerja pasukan produksi drama Demi termasuk pengarah, Rahila Ali, yang disahkan positif c0v1d-19.

Sebelum ini, produksi drama itu menjalani penggambaran di Inverness, Scotland dan pulang ke tanah air 31 Mac lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online