Kak Lina Pom Pom Dedah Banyak Terima DM Minta Bantuan, Malangnya…

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedahkan dia banyak menerima mesej peribadi yang memohon bantuan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan.

Berkongsi perkara terbabit di laman Instagram, Elly yang popular dengan panggilan Kak Lina Pom Pom mahukan kejujuran daripada pengikutnya.

“Assalamualaikum. Kakak Lina ada dapat banyak DM yang minta bantuan. Insya-Allah Kakak Lina cuba bantu apa yang patut.

“Tapi malangnya terlalu banyak fake account sampai Kakak Lina tak tahu siapa yang benar-benar memerlvk4n.

“Mohon sangat di waktu ini kejujuran yang Kepom minta,” tulis Elly di laman Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kejujuran yg kupinta . Ig Private Acc🚫 Ig Fake acc 🚫 . Harap Maklum ..Terima Kasih

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein) on

Tambah pelantun lagu Pendita Penipu ini, dia kasihan kepada mereka yang benar-benar memerlvk4n.

“Kesian kepada mereka yang benar-benar memerlvk4n. Ada juga minta bantuan tapi private Instagram.

“Di waktu ini bersama-samalah kita bertimbang rasa, prihatin dan jujur ya. Kepom tak minta banyak, hanya kejujuran.

“Kepom sayang dan prihatin. Sayang kamu semua dan akhir sekali doakan Kepom dan keluarga ya,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Elly dan berharap pihak yang meminta bantuan jujur dalam memberi maklumat.

Pengikutnya juga turut berpesan agar Elly tidak sewenang-wenangnya memberikan bantuan kepada mana-mana pihak yang mencurigakan kerana banyak kes penipuan yang berlaku sekarang.

Kepada pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  Gempak