Adik-Beradik Zulin Aziz Juga Punya Bakat Nyanyian, Mant4p!

Nama Zulin Aziz sejak akhir-akhir ini menjadi semakin dikenali ramai selepas video-video suntingan lakonan ‘bersama’ pelakon Bollywood mendapat perhatian ramai. Biarpun sudah agak lama dia berkongsikan video sebegitu sebelum ini, namun ia menjadi semakin hangat apabila salah seorang dari pelakon Bollywood itu mula menulis mengenainya di laman sosial.

Luarbiasa betul penangan insan seni bernama Zulin Aziz ini! Buat yang tidak tahu, selain dari berbakat berlakon dan mengacara, Zulin Aziz juga boleh menyanyi. Malah dia turut pernah hadir dengan lagu berjudul ‘Dan Ketika Itu’.

Walaubagaimanapun baru-baru ini Zulin Aziz berkongsikan pula satu video yang memaparkan dua adik-beradiknya yang menyanyikan lagu ‘January’. Dalam rakaman itu kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan yang bergilir menyanyi. Suara mereka memang padu!

Berikut video adik-beradiknya punya bakat menyanyi yang dikongsikan oleh Zulin Aziz menerusi laman Instagram miliknya:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sebelum 3 bradik ni kene sound dgn mama.pelan skit nak layan netflix🙊 @samzoui @farahsofeaaziz

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Terbaiklah adik-beradik Zulin Aziz ini! Suara merdu dan menenangkan. Tak sangka bakat nyanyian mereka sama seperti kakaknya, Zulin Aziz. Video tersebut telah meraih lebih 91 ribu tontonan dan hampir 13 ribu likes.

Rata-rata pengikutnya di Instagram memuji suara mereka dan men1ngg4lkan reaksi tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Mant4p adik beradik meletop”

 

“Amboi depa semua sora sedap aihh”

 

“Suara sedap..pandai main gitar..muka lawa..cakap lemah lembut kadang-kdang garang…waaaw..milik siapakah gadis ini?? hehee”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Instagram Zulin Aziz via HCL