Umum diketahui, pelakon popular dan jelita Emma Maembong telahpun selamat menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan, Muhammad Shazli bin Dato Azhar.
Pasangan yang semakin mendapat perhatian ini memilih tarikh 20 Februari 2020 menjadi hari bahagia mereka untuk melangkah ke dunia perkahwinan pula selepas berkenalan.
Meskipun sudah hampir 2 bulan bergelar suami dan isteri, pasangan pengantin ini masih mencuri tumpuan peminat dan netizen yang mengikuti Emma Maembong.
Apatah lagi, dia merupakan antara selebriti yang diminati ramai bukan kerana rupa parasnya yang jelita namun bakat lakonannya juga tidak dinafikan sentiasa menjadi pilihan penonton drama tempatan.
Jadi tidak mustahillah mengapa pasangan ini muncul dalam rancangan Mahligai Cinta terbaru semalam di siaran TV3.
Rancangan ini seperti yang semua ketahui ia akan memaparkan persiapan sebelum dan selepas majlis perkahwinan selain dapat memberikan memberikan inspirasi buat pasangan yang sedang merancang untuk perkahwinan mereka yang boleh dijadikan ilham di majlis bahagia bakal pengantin.
Pun begitu, dalam rakaman video Mahligai Cinta Emma Maembong dan suami ini dapat dilihat bahawa mereka ada berkongsikan pertemuan dan kisah mereka sebagai pasangan.
Video Emma Maembong & suami dalam rancangan Mahligai Cinta jadi perhatian
Bukan itu saja, menerusi video berdurasi 22 minit yang dimuat naik menerusi laman YouTube TV3 Malaysia Official ini segala persiapan sebelum dan selepas majlis bahagia mereka juga dikongsikan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Instagram Emma Maembong, YouTube TV3 Malaysia Official via HCL