“Masih Okay Cuma Ada Sedikit Jangkit4n V1rus Kat Paru-Paru ..” – Puteri Aishah

Aktres Puteri Aishah berkongsi keadaan terkini dirinya selepas disahkan positif c0v1d-19 dan dimasukkan ke h0sp1tal Sungai Buloh.

Menurut Puteri, kesihatannya masih stabil namun sedikit bahagian paru-parunya telah dij4ngk1ti v1rus.

 

“Assalamualaikum semua. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan kesihatan Puteri.

“Alhamdulillah sekarang ini Puteri masih okay cuma ada sedikit j4ngk1tan v1rus kat paru-paru. 

“Semua doktor dan jururawat kat sini sangat baik dan membantu. Terima kasih banyak kepada mereka semua. Semua yang terjadi ada hikmahnya,” tulisnya di Instagram Stories hari ini.

 

Dalam pada itu, pelakon drama Selafaz Cinta turut berpesan kepada semua orang untuk menuruti perintah kerajaan yang telah dikeluarkan.

 

“Puteri harap korang semua ikut perintah kerajaan untuk #StayAtHome dan practice good hygiene.

“Tolong jangan ambil mudah perkara ini. Doakan Puteri dan pes4kit lain cepat sembuh. Mari kita lawan bersama. Terima kasih. Love, Puteri Aishah,” tulisnya lagi.

 

Terdahulu, Puteri menjadi artis kedua disahkan positif c0v1d-19. Difahamkan Puteri baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat.

Pelakon itu bersama beberapa kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu dan pulang ke tanah air minggu lepas.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak